Penglibatan Malaysia di Ekspo 2020 Dubai merupakan manifestasi komitmen kerajaan untuk merancakkan semula ekonomi negara yang sebelum ini perlahan susulan pandemik COVID-19.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata penglibatan negara dalam ekspo itu akan dapat membuka peluang pelaburan baharu, seterusnya membantu ekonomi negara khususnya dari segi ekonomi digital.

Beliau berharap penglibatan Malaysia di ekspo Dubai  dapat memperluaskan perangkaian perniagaan dengan komuniti antarabangsa serta memberi peluang kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia menerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC)  mencari jalan membuka pintu pelaburan dan peluang perniagaan.

Tan Sri Annuar dijadual melancarkan Minggu Ekonomi Digital Malaysia sempena Ekspo 2020 Dubai  12 Januari ini.

Ini selaras dengan aspirasi menjadikan Malaysia Hab Nomad Digital pilihan serantau, program yang diperkenalkan dalam Bajet 2022.

MDEC menyasar menarik pelaburan komited bernilai lebih daripada RM300 juta serta 50 prospek perniagaan  semasa Minggu Ekonomi Digital Malaysia bermula dari 9 hingga 15 Januari di Ekspo Dubai 2020.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini