Ekspo Rumah Mampu Milik (RMM) Melaka 2022 menawarkan lebih 8,000 unit rumah kepada penduduk negeri ini.

Ekspo terbesar di Melaka itu menawarkan rumah pada harga serendah antara RM70,000 hingga RM180,000.

Ia meliputi Rumah Kos Rendah, Rumah Kos Sederhana Rendah, Rumah Belia Melaka dan Rumah Mampu Milik.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, melalui ekspo selama tiga hari bermula Jumaat itu, pihaknya menganggarkan nilai jualan sebanyak RM2.28 billion.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Ekspo berkenaan di Banda Hilir.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini