Eksport produk koko dan coklat Malaysia meningkat kepada RM6.9 bilion pada tahun lepas berbanding RM4.2 bilion pada 2010.

Ketua Pengarah Lembaga Koko Malaysia (LKM), Dr Ramle Kasin berkata peningkatan didorong oleh pertambahan kadar pengambilan coklat di negara-negara Asia Pasifik daripada 0.15 kilogram kepada 0.2 kilogram, selain peningkatan kesedaran pengguna terhadap khasiat koko serta coklat.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Pesta Koko Sabah 2022 yang dirasmikan  Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, di Kota Kinabalu pada Ahad.

Sabah selaku negeri pengeluar utama biji koko negara telah mengeksport sejumlah RM16.16 juta koko dan produknya pada tahun lepas dengan nilai eksport RM7.72 juta.

Lima daerah menjadi kawasan penanaman koko yang aktif di Sabah iaitu Ranau, Kota Marudu, Tenom, Kota Belud dan Tambunan.

Menurut Datuk Seri Hajiji, strategi untuk meningkatkan penggunaan koko tempatan menerusi pelbagai medium promosi akan terus dilaksanakan sejajar dengan hala tuju jangka panjang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini