Produk makanan tempatan bakal memperoleh peluang baharu bagi permintaan eksport ke China dianggar berjumlah RM160 billion.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ini terutamanya melibatkan produk durian tempatan yang mendapat permintaan tinggi dari negara tembok besar itu.

Dengan populasi 1.4 bilion, China yang merupakan rakan dagang terbesar Malaysia menawarkan potensi eksport yang luas.

Ini diperkukuhkan lagi kerjasama dengan platform e-dagang terbesar negara itu, JD.com.

Datuk Seri Alexander berucap pada Majlis Pelancaran Kedai Perdana Malaysia JD Fresh Go di ibu negara.

Antara produk utama yang akan dipasarkan di platform berkenaan termasuklah buah-buahan, makanan laut dan produk makanan sejuk beku tempatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini