Datuk Seri Dr Wan Azizah berkata, Malaysia masih belum menerima permohonan rasmi daripada kerajaan India untuk mengekstradisi pendakwah bebas, Dr Zakir Naik. Jelas beliau, Malaysia juga berhak menolak permohonan itu sebagaimana yang telah dinyatakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Pada 11 Jun lalu, Tun Dr Mahathir memaklumkan kerajaan Malaysia mempunyai hak untuk memutuskan sama ada untuk menghantar pulang Dr Zakir Naik, ke India. Ia berikutan beberapa laporan mengenai waran tangkap yang bakal dikeluarkan oleh Polis Antarabangsa, Interpol terhadap Dr Zakir Naik.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini