Lebih 2,000 penduduk Orang Asli di dua buah pos penempatan dinasihat menangguhkan aktiviti di dalam hutan susulan ancaman harimau belang yang masih berkeliaran di Gua Musang, Kelantan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, demi keselamatan nyawa, penduduk Pos Bihai dan Pos Balar diminta berada di rumah.

“Penduduk diingatkan supaya lebih berhati-hati apabila keluar daripada rumah masing-masinglah disebabkan ancaman harimau yang berkeliaran sejak dua menjak inilah. Pihak polis juga menyarankan sekiranya penduduk perlu untuk keluar, keluarlah secara berkumpulan dan jangan bergerak secara individu”.

Sementara itu, penduduk Pos Bihai yang ditemui akur untuk patuh arahan pihak berkuasa.

Pada masa ini, Perhilitan negeri masih menjalankan operasi pemantauan dan kawalan di perkampungan tersebut.

Sebarang aduan dan maklumat boleh disalurkan menerusi talian 011-59275985, talian hotline 1-800-88-5151 atau e-aduan di laman web www.wildlife.gov.my.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini