Majlis Bandaraya Ipoh, MBI telah menambah baik sistem perparitan di beberapa lokasi sekitar bandar raya itu sejak tahun lepas, bagi mengurangkan risiko banjir kilat.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin memaklumkan, ia merangkumi kerja-kerja mengorek, membersihkan, melebar serta mendalamkan sistem perparitan.

Rabu lepas, beberapa kawasan melibatkan Taman Perpaduan, Taman Cempaka, Bandar Seri Botani, Tambun, Greentown serta berhampiran Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 di Stadium Badminton di Ipoh, mengalami banjir kilat dengan paras air dianggarkan naik hingga 0.5 meter.

Sebelum ini, Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu turun padang dan mengambil langkah sewajarnya terhadap masalah longkang tersumbat bagi memastikan saluran longkang mengalir dengan baik khususnya ketika musim hujan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini