Susulan Fasa Monsun Timur Laut yang dijangka berterusan sehingga Mac ini.
Kerajaan Kelantan menumpukan kepada pemantauan pematuhan SOP dalam kalangan penduduk terjejas banjir di PPS.
EXCO Kelantan, Datuk Mumtaz Md Nawi berkata langkah diambil itu untuk mengelak peningkatan kes COVID-19.
Beberapa inisiatif akan diambil, antaranya penjarakan khemah dan pengasingan penduduk bergejala.