Malaysia masih mengamalkan prosedur kawalan sempadan. 

Ia bagi mengurangkan risiko pengimportan kes jangkitan COVID-19 dan mengelakkan berlakunya penularan jangkitan.

Ini termasuk pengujian dan kuarantin ke atas pengembara yang tiba ke Malaysia. 

Justeru, tiga pendekatan dilaksana KKM berkaitan pengurusan kemasukan pengembara yang pernah dijangkiti COVID-19, iaitu pengembara telah menerima vaksin lengkap dengan bukti penerimaannya.

Selain itu pengembara perlu mengemukakan bukti telah dijangkiti COVID-19 dalam tempoh 11 hari hingga 60 hari sebelum berlepas ke Malaysia melalui keputusan ujian makmal yang dicetak atau secara digital.

Pengembara juga yang mempunyai sejarah kemasukan ke hospital kerana dijangkiti COVID-19 juga perlu mengemukakan surat “FIT TO TRAVEL” daripada pengamal perubatan di hospital terbabit.

Kesemua dokumen berkaitan perlu dibawa dan ditunjukkan kepada pihak berkuasa penerbangan dan kesihatan di pintu masuk. 

Manakala bagi pengembara yang menjalani isolasi atau pengasingan di tempat kediaman termasuk hotel kerana dijangkiti COVID-19 dan tidak dimasukkan ke hospital perlu menjalani ujian saringan RTK Antigen profesional dalam temph dua hari sebelum berlepas ke Malaysia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini