Kementerian  Pendidikan (KPM) akan berbincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar meminimumkan penggunaan Sekolah Menengah yang dijadikan pusat mengundi bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor Ke-15

Perkara berkenaan perlu diberi perhatian bagi mengelak persediaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terganggu.

Secara keseluruhan, 151 Sekolah Menengah akan digunakan sebagai Pusat Mengundi bagi PRU Dewan Negeri Johor ke-15.

Beliau juga berharap agar guru yang bertugas semasa peperiksaan SPM dikecualikan daripada menjadi petugas pilihan raya bagi mengelak risiko jangkitan COVID-19.

PRU Dewan Negeri Johor Ke-15 akan membuka tirainya 26 Februari ini bermula dengan sesi penamaan calon.

Undi awal pada 8 Mac, manakala hari pengundian pada 12 Mac.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini