Elak risiko menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian.

Lantas, masyarakat disaran lebih bijak dan peka mengenai modus operandi sindiket yang sering berubah.

Malah, jika menerima panggilan berbentuk ugutan dinasihati tidak cepat panik kerana ia merupakan salah satu taktik sindiket.

Timbalan Pengarah Risikan Operasi, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, SAC Willey Anak Richard berkata orang ramai juga perlu sedar, pihak berkuasa tidak akan menghubungi individu melalui telefon bagi memaklumkan mereka melakukan kesalahan.

Sebaliknya, menghantar surat panggilan mengikut lunas undang-undang.

Beliau ditemui selepas penerangan mengenai kempen Anti-Scam PDRM dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri, Kuala Lumpur.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini