Kerajaan akan menyemak dan mengukuhkan pelaksanaan pemberian elaun penjawat awam agar kekal relevan, memenuhi keperluan dan kehendak perkhidmatan serta memastikan kebajikan mereka terbela.

Semakan menerusi Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2019 di bawah Pengukuhan Pelaksanaan Pemberian Elaun Dalam Perkhidmatan Awam bagi Sistem Saraan Baru (SSB) 1992 dan Sistem Saraan Malaysia (SSM) 2002. 

Jelas Timbalan Menteri Dalam Negeri ll, Jonathan Yasin, kajian sama akan dilakukan bagi anggota keselamatan dan penguatkuasa.

Tambahnya, Kementerian Dalam Negeri secara berterusan mengkaji dan menambah baik elaun dan kemudahan lain bagi membantu anggota penguatkuasa terutama yang berpangkat rendah.

Beliau menjawab pertanyaan wakil Jerai, Sabri Azit.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini