Kerajaan negeri Melaka melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia LKIM dan Jabatan Perikanan negeri melakukan proses pemutihan bagi pemberian Elaun Sara Hidup Nelayan dan Perlesenan kepada nelayan di negeri itu. Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Industri Asas Tani negeri, Norhizam Hassan Baktee berkata, inisiatif itu bagi memastikan hanya nelayan yang benar-benar layak dapat menikmati bantuan berkenaan.Pihaknya juga komited membantu mendapatkan lesen bagi golongan nelayan yang tidak mempunyai lesen di negeri itu.Beliau memaklumkannya pada Majlis Penyampaian Insentif Fasa 2 kepada Nelayan Daerah Melaka Tengah di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini