Syarikat pengeluar teknologi perubatan Australia, “Ellume” menarik balik lebih dua juta kit ujian Covid-19 kendiri yang dihantar ke Amerika Syarikat.

Penarikan itu dibuat selepas mendapati wujudnya risiko tinggi untuk kesemua kit ujian tersebut mengeluarkan keputusan positif palsu.

Sejak masalah itu dikesan bulan lepas, kira-kira 2.2 juta kit ujian Covid-19 ditarik balik.

Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA) turut mengeluarkan amaran kelas Satu iaitu “paling serius” mengenai perkara tersebut.

Keputusan positif palsu menyaksikan individu yang melakukan ujian tersebut dijangkiti Covid-19 sedangkan mereka sihat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini