Seorang lelaki di China mendapat perhatian selepas memiliki wajah yang mirip dengan individu terkaya di dunia, Elon Musk.

Menerusi video yang di muat naik dalam aplikasi Douyin, lelaki itu dilihat berdiri di sebelah kenderaan sambil memandang kamera.

Video terbabit menjadi tular dan kebanyakan pengguna media sosial bersetuju wajah lelaki itu mirip dengan Elon Musk.

Pengguna media sosial juga melabelkan dia sebagai ‘Elon Musk Asia’.

Namun, ada juga pengguna yang mendakwa video tersebut disunting bagi mempengaruhi orang ramai.

Sehingga kini, identiti lelaki itu dan kesahihan video berkenaan belum dikenal pasti.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini