Seorang pelabur mata wang kripto doge-coin mengemukakan saman berjumlah AS$258 bilion terhadap Elon Musk serta syarikatnya iaitu Tesla dan SpaceX.
Ia berikutan kononnya Musk menjadi punca kejatuhan nilai mata wang digital tersebut.
Keith Johnson yang mengalami kerugian selepas melabur dalam dogecoin menganggap dirinya sebagai mangsa penipuan Skim Piramid Kripto Dogecoin.
Menurutnya, sejak Musk mula mempromosikan mata wang itu, para pelabur mengalami kerugian kira-kira AS$86 bilion.
Johnson meminta tindakan undang-undangnya diklasifikasikan sebagai saman berkumpulan bagi mewakili semua individu yang rugi akibat melabur dalam dogecoin sejak 2019.