Satu embrio dinosaur yang diawet dengan sempurna dalam sebiji telur berjaya ditemui di Ganzhou, selatan China.

Penemuan itu diumumkan saintis negara tembok besar itu dan dianggarkan berusia 66 juta tahun.

Embrio itu dikenal pasti dari sepsis theropod yang tidak bergigi atau dinosaur oviraptorosaurs dan diberi nama ‘baby yingliang’.

Embrio yang ditemui itu juga dikatakan sudah hampir untuk menetas kerana berada dalam posisi melengkung, iaitu keadaan untuk burung sebelum menetas.

Embrio berkenaan  turut disifatkan sebagai paling sempurna yang pernah ditemukan dalam sejarah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini