Disebabkan kurangnya taburan hujan, kerosakan struktur dan kerja-kerja penggalian oleh petani yang terdesak, empangan air utama di barat laut Syria kering buat pertama kalinya dalam tempoh 27 tahun.

Ia sekaligus menjejaskan kehidupan kira-kira 800 keluarga yang bergantung sepenuhnya kepada empangan itu untuk pengairan ladang mereka.

Menerusi rakaman drone, jelas dilihat Empangan Al-Duwaysat di wilayah Idlib itu kering sepenuhnya.

Syria kini berdepan salah satu tahun paling panas dan kering dalam sejarah selepas taburan hujan yang sedikit musim sejuk lalu.

Kerosakan pada saluran paip utama yang menyalurkan air dari takungan ke rangkaian pengairan menyebabkan kebocoran  ketara, sekaligus mengurangkan lagi jumlah paras air.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini