Kerajaan bersetuju melaksanakan operasi pembenihan awan (OPA) di kawasan tadahan empangan Bukit Merah, Semanggol Kerian, pada 14 hingga 16 Jun ini.

Keperluan bagi membantu mengatasi isu bekalan air untuk sistem pengairan sawah susulan penyusutan air Empangan Bukit Merah.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee menyatakan, ia bakal melibatkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta agensi-agensi berkaitan

Menerusi kenyataan, dimaklumkan sistem pengairan yang terjejas itu meliputi 19,058 hektar sawah di bawah Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kerian dan sebahagian kawasan IADA Pulau Pinang di Sungai Acheh seluas 1,267 hektar.

Selain membantu 10,156 pesawah, ia turut memberi manfaat kepada sektor perikanan dan perkilangan.

MAFI juga akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), MET Malaysia, kerajaan Negeri Perak dan agensi-agensi lain yang berkaitan untuk mencari kaedah jangka masa panjang bagi menyelesaikan isu air ini,

Paras air di Empangan Bukit Merah yang menjadi sumber utama pengairan pertanian di kawasan tersebut menyusut mencapai kategori Kritikal Pengairan Tahap 3 iaitu 6.10 meter.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini