Kemarau panjang dan jumlah taburan hujan yang rendah menyebabkan empangan air utama Syria kering sepenuhnya buat pertama kali dalam tempoh 27 tahun.

Menerusi rakaman video, empangan Al-Duwaysat yang terletak di wilayah Idlib itu kini kering kontang, dipenuhi tulang haiwan dan tumbuhan kering serta tunggul pokok.

Empangan yang dibina pada tahun 1994 itu, mempunyai kapasiti takungan 3.6 juta meter padu dan digunakan terutamanya untuk pengairan dan bekalan air.

Beberapa lopak air yang cetek masih kelihatan dan kini menjadi sumber air dan makanan kepada haiwan ternakan.

Selain factor cuaca, kerosakkan pada saluran paip utama turut menjadi punca utama empangan berkenaan kering.

Situasi ini menjejaskan lebih 800 keluarga yang bergantung sepenuhnya kepada empangan tersebut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini