Empat anggota penguatkuasa antara yang ditahan selepas disyaki terbabit kes samun minuman keras di Dengkil, Selangor. Suspek dipercayai membantu sindiket dengan membocorkan maklumat berhubung tempat penyimpanan minuman keras yang dirampas sebelum ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim menyatakan, penahanan suspek membawa kepada rampasan dadah jenis pil Captagon seberat dua kilogram, 47 pil Erimin 5 dan kokain (4.9 gram) dengan nilai keseluruhan berjumlah lebih RM500,000.

Turut dirampas beberapa penimbang elektronik, telefon bimbit dan wang tunai berjumlah lebih RM100,000 dalam kenderaan penguat kuasa yang dirampas.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak. Siasatan mendapati, tiga lelaki menaiki lori memasuki tempat simpanan barang kes milik pihak berkuasa di Dengkil, Selangor, pada 2.30 pagi Khamis lalu.

Mereka mengikat pengawal keselamatan sebelum memunggah minuman keras yang berada dalam lori di tempat simpanan itu ke dalam lori dibawa mereka.   Semua suspek direman hingga esok mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini