Empat unit rumah kedai musnah dalam kebakaran di Bandar Chukai, Terengganu, semalam.

Ia memusnahkan kedai pakaian terpakai, peralatan pembinaan, restoran dan kedai sejuk beku.

Ketua Zon Dua, JBPM Terengganu, Penguasa Kanan Bomba II Azman Alias berkata api merebak dengan pantas menyebabkan kesemua mangsa tidak sempat menyelamatkan barangan perniagaan.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden terbabit.

Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini