Empat kes COVID-19 dikesan menerusi ujian saringan yang
dijalankan di pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Segamat, Johor.
 
Menurut Pegawai Kesihatan Daerah, Dr Zaid Kasim, mereka diasingkan daripada penduduk terjejas lain dan menjalani ujian RT PCR untuk tindakan selanjutnya. 

Satu PPS khas turut dibuka di Dewan Serbaguna Genuang, Segamat bagi menempatkan penduduk terjejas banjir yang positif COVID-19 serta kontak rapat untuk tujuan kuarantin.
 
Sehingga kini, 28 penduduk terjejas banjir sedang menjalani
perintah terbabit di PPS tersebut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini