Empat maut dan seorang cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kereta di susur keluar dari arah Subang menghala Kelana Jaya di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), awal pagi tadi. 

Mangsa yang maut dikenali pasti sebagai P. Puvaaneshwaran, 28 tahun, Lai Mun Fai, 28 tahun, Eng Siew Hooi, 31 tahun dan Leong Man Yuen, 27 tahun.

Manakala mangsa yang cedera parah dikenali sebagai Heng Chan Yee, 28 tahun.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira 4.11 pagi. 

Katanya, insiden tersebut membabitkan kereta Wira Aeroback yang dipandu seorang lelaki dan Wira jenis sedan dinaiki empat orang.

Empat mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi yang parah dibawa ke Hospital Sungai Buluh untuk rawatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini