Tiga mayat wanita dan satu mayat lelaki, ditemukan terapung pada kedudukan 14.2 batu nautika barat Pulau Buloh, Kepulauan Sembilan, Pulau Pangkor, Lumut pagi tadi.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata Pusat Operasi Maritim Negeri Perak (PUSOP) menerima maklumat awal berhubung penemuan empat mayat berkenaan, kira-kira pukul 9.05 pagi.

Sehingga kini, tiada sebarang aduan diterima berhubung individu jatuh laut atau permohonan bantuan perubatan di laut berdasarkan penemuan mayat terbabit.

Keempat-empat mayat tersebut dibawa ke jeti Kastam Diraja Malaysia di Kampung Acheh dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini