Angkatan Pertahanan Awam (APM) memindahkan empat individu terjejas banjir yang disahkan positif COVID-19 di Kampung Batu Bakar Buloh Kasap, Segamat, Johor, pukul 11:30 pagi tadi.
 
Kesemua mereka dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Jalan Genuang.
 
Menurut Exco Kesihatan dan Alam Sekitar, R Vidyanathan, individu positif melibatkan seorang wanita berusia 31 tahun, seorang lelaki, 32 tahun serta dua kanak-kanak perempuan berumur dua dan empat tahun.
 
Seorang pegawai dan tujuh anggota digerakkan ke lokasi untuk operasi pemindahan tersebut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini