Empat pintu sempadan antarabangsa baharu akan dibuka menjelang akhir tahun ini atau suku pertama tahun depan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ia membabitkan Terminal Feri Antarabangsa Desaru Coast, di Kota Tinggi, Johor; selain di Telok Melano dan Baleh, Sarawak, serta Lembah Silika, Terengganu.

Katanya, pembukaan empat pintu sempadan antarabangsa itu bukan sahaja sebagai persediaan kemasukan pelancong jika pintu sempadan diumumkan dibuka nanti malah mampu melonjakkan ekonomi di kawasan terbabit.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau Terminal Feri Antarabangsa Desaru Coast, Kota Tinggi.

Terminal Feri Antarabangsa Desaru Coast turut dilengkapi dengan sistem e-gate automatik imigresen dua arah pertama di Malaysia, iaitu e-gate generasi baharu yang menawarkan pintu buaian berganda dengan ciri keselamatan, menjadikan pemeriksaan imigresen lebih pantas ketika waktu puncak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini