Beroperasi secara haram dan mengenakan kadar faedah melebihi kadar ditetapkan.

Sebelas warga tempatan berumur 20 hingga 50 tahun ditahan dalam serbuan empat premis pajak gadai pada Oktober lalu di Lembah Klang dan Johor.

Turut dirampas, barangan kemas bernilai RM99,000 dan wang tunai belasan ribu ringgit.

Serbuan dilakukan Cawangan Siasatan dan Pemantauan, Bahagian Kawalan Kredit komuniti di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Menurut Ketua Siasatan dan Pemantauan Bahagian Kawalan Kredit Komuniti KPKT, ACP Mohd Fauzi Hassan, siasatan mendapati, kadar faedah dikenakan premis terbabit adalah 2 hingga 5 peratus sebulan; melebihi kadar ditetapkan; 2 peratus.

Tambah ACP Mohd Fauzi, semua premis berkenaan menggunakan modus operandi hampir sama, iaitu barang yang dipajak tidak disimpan di dalam premis.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini