Empat sekeluarga berjaya diselamatkan selepas lima hari terkandas di pedalaman Australia.

Keluarga Zavros terkandas di Gurun Simpson, pedalaman Australia Selatan sejak Jumaat apabila van kembara mereka terbenam dalam lumpur berikutan hujan lebat.

Keluarga Zavros diselamatkan petang Selasa menggunakan helikopter penyelamat dan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan.

Sebuah penerbangan Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia menemui kenderaan mereka yang tersangkut lalu  menggugurkan telefon satelit dan bekalan makanan kepada mereka. 

Keluarga itu dalam misi pengembaraan ke seluruh Australia dengan van kembara mereka.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini