Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan 38 cedera akibat ribut dan angin kencang yang melanda Istanbul, Turki semalam.

Ia mengakibatkan pokok tumbang, bumbung rumah rosak dan sebuah menara jam runtuh.

Beberapa bot yang berlabuh di Maltepe dan Pendik turut mengalami kerosakan teruk serta sebuah kapal kargo berlanggar dengan jeti di Pelabuhan Ambarli.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak berkuasa membatalkan pengangkutan laut dan menutup Selat Bosphorus kepada semua laluan kapal.

Syarikat penerbangan Turkish Airlines pula mengarahkan sekurang-kurangnya enam pesawat yang tidak dapat mendarat di lapangan terbang itu, untuk terbang keluar dari Istanbul.

Setakat pukul 8.30 malam, Pusat Panggilan Kecemasan 112 di Istanbul menerima seribu 517 panggilan berkaitan ribut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini