Empat orang, termasuk seorang bayi dan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dalam satu kebakaran di Barcelona.

Kebakaran membabitkan sebuah premis bank terbiar, yang kini dijadikan penempatan setinggan bagi gelandangan.

Anggota bomba bergegas ke tempat kejadian kira-kira pukul 6 pagi selepas dimaklumkan bahawa kebakaran berlaku di bangunan itu.

Ketua operasi menyelamat memberitahu, bantuan kecemasan cuba diberikan bagi membantu memulihkan mangsa namun gagal.

Walaubagaimanapun anggota bomba berjaya menyelamatkan empat individu lain yang kini sedang dirawat akibat terhidu asap.

Lebih 20 orang cedera dalam kebakaran itu.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Lebih 100 setinggan dipercayai wujud dalam keadaan tidak menentu di kompleks terbiar di bandar Badalona, yang terdedah dengan pelbagai risiko kecelakaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini