Enakmen Penyu Terengganu 1951 yang dipinda dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu, diluluskan hari ini.
 
Ia dijangka berkuatkuasa 1 Jun tahun depan.
 
Exco Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim, menyatakan – penguatkuasaan ini termasuk mengharamkan sepenuhnya penjualan telur penyu di negeri Terengganu

Ketika ini hanya di Terengganu yang masih membenarkan penjualan telur penyu di negara ini menyebabkan Terengganu menjadi sasaran utama pembelian telur penyu.
 
Bagaimanapun hanya telur penyu belimbing tidak dibenarkan dipasarkan.
 
Pindaan ini juga termasuk beberapa kadar denda dinaikan mengikut nilai mata wang semasa atas dasar melindungi spesis penyu yang terancam ini. Tabung Amanah Pemeliharaan Penyu juga akan diwujudkan untuk menjalankan pelbagai aktiviti pemuliharaan bagi kelestarian penyu.

Enakmen pindaan terakhir pada tahun 1987 yang dilihat sudah tidak relevan, kerana kadar denda terlalu rendah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini