Enam Aspirasi 100 hari yang ditetapkan Kementerian Pertahanan (Mindef) dan Angkatan tentera Malaysia ATM berjaya dicapai, dan dilaksanakan dengan sempurna.

Enam aspirasi yang ditetapkan mindef ialah memerangi COVID-19, mengawal sempadan negara, mengeratkan kerjasama antarabangsa; memenuhi keperluan kediaman anggota, membela kebajikan veteran ATM, dan melaksanakan program jiwa murni. Ketika ini MINDEF sedang melaksanakan perancangan untuk membina 28,033 unit Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera di seluruh negara.

107 Projek Jiwa Murni turut dilaksanakan oleh anggota Rejimen Jurutera Diraja, dan 21 penerbangan bantuan TUDM digerakkan, untuk membawa peralatan perubatan COVID-19 ke kawasan pedalaman, khususnya di Sabah dan Sarawak.

Selain itu, pelaksanaan operasi benteng telah menahan seramai 17,023 pendatang tanpa izin setakat 7 Disember lepas. Manakala Diplomasi Pertahanan diperkukuh dengan banyak negara. Antaranya Australia, China, United Kingdom, Amerika Syarikat, Arab Saudi dan Perancis.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kesemua aspirasi berjaya dicapai menerusi kerja keras warga Mindef dan ATM, yang sanggup bekerja tanpa mengira waktu, berkorban masa serta berani berhadapan apa jua ancaman.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini