Polis mengesan enam individu bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh seorang lelaki dipercayai warga asing berhampiran sebuah jeti pendaratan ikan di Tok Bali, Kelantan, awal November lalu.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, individu yang diburu itu adalah Muhammad Zulkiple Udin, 28 tahun, Mohamad Farhiman Ismail, 22 tahun, Muhamad Mustaqimie Abdul Jais, 19 tahun dan Muhamad Nazri Yusoff, 25 tahun.

Turut sedang dikesan dua remaja lelaki, masing-masing berusia 17 tahun, beralamat di Pasir Puteh.

Setakat ini, enam lelaki sudah ditahan dipercayai terlibat dengan kes itu bagi membantu siasatan.
 
Pada 3 November lalu, mayat seorang lelaki berusia 30-an dipercayai warga asing ditemui dalam keadaan bogel berhampiran sebuah jeti pendaratan ikan di Tok Bali.
 
Tiada sebarang dokumen pengenalan ditemui pada mayat mangsa.
 
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
 
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penama-penama yang dinyatakan tersebut boleh menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat di IPD Pasir Puteh atau balai polis berdekatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini