Jabatan Perhilitan Pahang mengambil masa hampir enam jam bagi menyelamatkan lima ekor gajah yang terperangkap di dalam lombong di Pekan, semalam.Pengarahnya, Rozaidan Md Yasin, berkata empat gajah dewasa dan seekor anak gajah terperangkap kerana kawasan lombong yang berlumpur.Pihaknya terpaksa menggunakan excavator untuk mengorek dan membuat laluan keluar kepada gajah tersebut. Kesemua gajah itu berjaya dikeluarkan dan meneruskan perjalanan masuk ke hutan berhampiran.Video operasi menyelamatkan gajah itu dikongsi di Facebook Jabatan Perhilitan dan ditonton hampir 400,000 orang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini