Enam kluster baharu Covid-19 dikenalpasti semalam. 

Jelas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, tiga merupakan kluster tempat kerja dan satu kluster masing-masing melibatkan pendidikan tinggi, pendidikan lain dan pusat tahanan.

Antara kluster tempat kerja yang dikenalpasti adalah di Kedah, Kelantan dan Johor. 

Sementara itu, kluster pendidikan tinggi dan pendidikan lain, masing-masing di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. 

Kluster pusat tahanan pula dikenalpasti di Sepang, Selangor. 

Sehingga kini, jumlah kluster yang masih aktif adalah sebanyak 314.

 Manakala 5,498 kluster telah disahkan tamat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini