Enam direman berhubung kes penjualan Sijil Vaksinasi COVID-19 palsu.

Perintah tahanan reman tiga hari bermula hari ini dikeluarkan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda di Mahkamah Majistret Marang. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu, Superintendan  M Zambri Mahmud berkata, suspek berusia antara 35 hingga 57 tahun, ditahan malam tadi ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu.

Ia berikutan laporan polis dibuat mangsa mendakwa tidak menerima sijil vaksinasi walaupun pembayaran telah dibuat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Sebelum ini, polis menahan seorang doktor dipercayai terlibat kegiatan penjualan sijil vaksinasi dipercayai palsu di sebuah klinik swasta di Marang.

Suspek dipercayai melakukan urusan penjualan secara dalam talian sejak September lalu dengan setiap sijil dikenakan bayaran RM400-RM600.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini