Enam Lapangan Terbang Thailand sedia dibuka semula kepada pelancong asing, bermula esok.

Ia melibatkan lapangan terbang antarabangsa Suvarnabhumi, Don Mueang; Phuket; Chiang Mai, Mae Fah Luang–Chiang Rai dan Hat Yai.

Peralatan teknologi baharu sudah diperoleh bagi enam lapangan terbang untuk penyesuaian dengan norma baharu.

Semua kakitangan lapangan terbang juga sudah menerima suntikan penggalak untuk meningkatkan imuniti terhadap COVID-19.

Pejabat kuarantin lapangan terbang, imigresen dan kastam juga sudah menyediakan latihan memerangi virus di pusat pemeriksaan.

Sementara itu, data trafik udara menunjukkan lapangan terbang Suvarnabhumi akan memudahkan kira-kira 440 penerbangan komersial, membabitkan 230 domestik dan 110 antarabangsa serta 100 penerbangan kargo.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini