Enam lelaki ditahan di Kelantan atas kesalahan memiliki 11 laras senapang tiruan pelbagai jenis.

Polis turut merampas 14 kelopak berisi peluru bebola plastik, dalam satu serbuan di sebuah kilang terbiar di Kampung Buloh Poh, Ketereh.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Abdul Rahim Daud berkata suspek memperoleh senjata api tiruan berkenaan menerusi pembelian secara dalam talian.

Empat suspek dewasa direman selama dua hari.

Manakala dua remaja juvana dibebaskan dengan jaminan polis.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini