Polis menahan enam suspek termasuk seorang wanita di sebuah bengkel kenderaan di Kota Tinggi, Johor, Ahad lalu, disyaki terlibat dalam sindiket curi kereta. Kesemua mereka berumur antara 23 hingga 53 tahun. Turut dirampas tiga buah kereta, selaras “Pump Gun”bersama 4 butir peluru penabur, lima butir kelosong peluru serta dua paket plastik mengandungi dadah. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendent Ahsmon Bajah percaya, penangkapan tersebut menyelesaikan 15 kes curi kenderaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini