Enam pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang dikenal pasti terlibat kes buli, digantung persekolahan selama dua minggu.

Mereka turut disyor untuk ditamatkan pengajian di institusi berkenaan.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata keputusan penggantungan itu dibuat Jawatankuasa Disiplin Maktab.

Menurut laporan pihak tersebut, enam pelajar terlibat memukul mangsa, manakala empat pelajar lagi didapati bersubahat dan membuat provokasi.

Kesemua mereka merupakan pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3.

Datuk Seri Mahdzir juga memberi jaminan tidak akan mencampuri siasatan polis.

Setakat ini, polis telah menahan enam pelajar yang disyaki terlibat dalam kejadian buli itu.

Datuk Seri Mahdzir berkata demikian pada sidang media selepas majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Padang Terap di Kedah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini