Enam sungai di Pahang merekodkan bacaan melepasi paras bahaya, masing-masing di Lipis, Jerantut, Temerloh, Bera, Maran dan Rompin .

Menurut laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), enam sungai terbabit ialah Sungai Tanum di Jambatan Chegar Perah, Lipis yang merekodkan bacaan 98.10 meter  berbanding paras bahaya 98 meter.

Sungai lain yang merekodkan bacaan melebihi 40 meter ialah di Paya Gintong, Jerantut , Sungai Pahang di Kuala Krau Temerloh.

Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera pula merekodkan bacaan 33.37 meter.

Turut melepasi paras bahaya ialah Sungai Luit di Kampung Subuh, Maran dan Sungai Pukin, Rompin.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini