Enam sungai di Pahang merekodkan bacaan air sungai melepasi paras bahaya setakat jam 8 pagi tadi.

Laman sesawang JPS berkata sungai berkenaan tiga di Lipis manakala masing-masing satu di Jerantut, Bera dan Maran.

Sungai terbabit ialah Sungai Tanum di Jambatan Chegar Perah, Lipis yang merekodkan bacaan 99.67 meter berbanding paras bahaya 97.25 meter.

Sungai Jelai di Jeti Lipis, Lipis pula merekodkan 66.11 meter berbanding 62 meter manakala Sungai Lipis di Benta, Lipis 75.38 meter berbanding 73.50 meter.

Ia diikuti Sungai Pahang di Paya Gintong, Jerantut dengan catatan 45.67 meter berbanding paras bahaya 41 meter dan Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera, dengan catatan 32.06 meter berbanding paras bahaya 29.70 meter.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini