Sepasang suami isteri antara enam individu yang ditahan dalam dua operasi di Selangor Isnin lalu kerana disyaki terlibat sindiket pengedaran dadah.

Sepasang suami isteri itu ditangkap dalam operasi di Bukit Tinggi, Klang,

Lebih 50 gram syabu dan 10 biji pil eramin-5, dirampas.

Dalam operasi berasingan, empat lelaki termasuk seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) dicekup di sebuah pangsapuri di Jenjarom.

Polis menemui 3,616 gram bersamaan lapan paun dadah jenis heroin dan 5,080 gram pil ecstasy (16,000 biji).

Kesemua suspek direman sehingga 21 Februari.

Bahan terlarang yang dirampas itu dianggarkan bernilai lebih setengah juta ringgit. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini