Hajat bintang tenis nombor 1 dunia, Novak Djokovic untuk mempertahankan kejuaraan di Terbuka Australia nampaknya tidak kesampaian apabila visanya dibatalkan kerana gagal mematuhi syarat kemasukan ke negara berkenaan.

Ketika ini, pemenang 20 gelaran Grand Slam dari Serbia itu telah dipindahkan ke hotel kuarantin.

Sebelum ini, Djokovic dikecualikan daripada peraturan vaksinasi oleh penganjur Terbuka Australia, namun ditahan pasukan imigresen sebaik tiba di lapangan terbang.

Pemain berusia 34 tahun itu cukup lantang dengan pendiriannya yang enggan mendedahkan status vaksinasinya.

Berbaki 11 hari sebelum kejohanan bermula, peguam Djokovic dilaporkan mahu mencabar keputusan tersebut.

Sementara itu, Perdana Menteri Australia, Scott Morrison menegaskan, peraturan berkenaan terpakai kepada semua dan tiada pihak terkecuali.

Jelasnya, dasar sempadan Australia cukup ketat bagi memastikan negaranya kekal dengan kadar kematian COVID-19 antara terendah di dunia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini