Aksi Liga Perdana Inggeris. Chelsea bangkit selepas dua perlawanan tanpa kemenangan apabila menewaskan Leeds United 3-2. Jorginho muncul wira apabila menyempurnakan sepakan penalti penghujung saingan. Bermain di Stamford Bridge, skuad kendalian Thomas Tuchel diberikan tentangan sengit.

Pelawat terlebih dahulu berada di depan menerusi jaringan penalti Raphinha (Rafina)pada minit ke-28. Tersentak dengan jaringan itu, The Blues terus mengasak dan berjaya menyamakan kedudukan kira-kira 2 minit sebelum rehat hasil jaringan Mason Mount.

Di babak kedua, giliran tuan rumah mendahului selepas Jorginho yang bermain walaupun mengalami kesakitan belakang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-58.

Namun Leeds berjaya memperoleh gol penyamaan menerusi, Joe Gelhardt ketika permainan berbaki tujuh minit lagi.

Tuah nyata menyebelahi Chelsea apabila sekali lagi dihadiahkan sepakan penalti selepas Antonio Rudiger dikasari pada masa kecederaan. Dan Jorginho tenang menyumbat bola ke dalam gawang lawan untuk memberikan kemenangan 3-2.             

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini