Manchester City melonjak  ke tangga teratas liga selepas mencatat kemenangan 3-1 ke atas Watford. City mendahului seawal minit ke-4 menerusi jaringan Raheem Sterling yang menyempurnakan umpanan Phil Foden.

Bernanrdo Silva kemudian meletakkan pasukan pelawat selesa di depan dengan gol kedua pada minit ke-31.

Silva sekali lagi menjadi watak penting buat City pada babak kedua perlawanan, menjaringkan gol ketiga pasukannya hasil hantaran Kyle Walker.

Watford bagaimanapun berjaya mendapatkan 1 gol menerusi Cucho (Kucho) Hernandez pada minit ke-74.

Anak buah Pep Gurdiola kini berada di puncak liga, 1 mata mengatasi Liverpool.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini