Pemain tengah Denmark, Christian Eriksen berkata, dia bersedia untuk meninggalkan kelab Tottenham Hotspur untuk mencari cabaran baharu di kelab lain pada musim depan. Erikssen yang tiba di Spurs dari Ajax Amsterdam pada Ogos 2013 menjadi watak penting dalam skuad Mauricio Pochettino yang menjadi naib juara dalam kejuaraan Liga Juara Eropah dan tangga keempat Liga Perdana Inggeris. Pemain berusia 27 tahun itu masih mempunyai setahun lagi kontrak bersama Spurs dan media di Sepanyol mengaitkan perpindahannya ke Real Madrid yang kini dalam usaha memperkuatkan skuad di bawah pimpinan Zinedine Zidane selepas musim yang mengecewakan apabila hanya menamatkan saingan di tangga ketiga liga. Khabar Erikssen menimbangkan semula masa depannya bersama Spurs menjadi satu tamparan kepada kelab itu yang berhasrat untuk menggunakan kelebihan bermain di final Liga Juara sebgai lonjakan untuk musim depan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini