Lebih 34 ribu penduduk seluruh Eropah dijangkiti campak dalam dua bulan pertama 2019, dengan majoriti kes berlaku di Ukraine. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa pihak berkuasa memastikan mereka yang berisiko mendapat vaksin. Angka kematian dalam kalangan 34 ribu 300 kes yang dilaporkan di seluruh 42 negara Eropah mencecah 13, dengan virus itu membunuh penduduk di Ukraine, yang berhadapan wabak campak, selain di Romania dan Albania. Campak adalah penyakit berjangkit yang boleh membunuh dan menyebabkan buta, pekak atau kerosakan otak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini