Sepanyol, Perancis dan negara lain di barat Eropah terus dicengkam cuaca panas terik, hujung minggu lalu dengan beberapa kebakaran hutan masih berlarutan.

Suhu tinggi itu selari dengan ramalan saintis bahawa fenomena cuaca panas akan berlaku lebih awal, tahun ini, akibat pemanasan global. Di Sepanyol, pasukan perkhidmatan kecemasan bertungkus lumus menjalankan operasi memadam beberapa kebakaran hutan di utara negara itu.

Bagaimanapun, suhu yang menurun pada sebelah malam sedikit sebanyak membantu usaha memadamkan api berkenaan.

Selain itu, kebakaran turut tercetus di Jerman yang mengalami suhu tinggi hingga mencecah 38 darjah Celsius di wilayah timur meliputi Brandenburg, Thuringia dan Saxony.

Bandar Cottbus mencatat rekod baharu suhu di Jerman, bulan ini, apabila mencecah 38.7 darjah Celsius. Wilayah Vorarlberg di Austria juga mencatat rekod suhu 36.5 darjah Celsius di Feldkirch, dengan Institut Meteorologi memaklumkan bilangan hari mengalami suhu melepasi 30 darjah Celsius meningkat dua kali ganda bulan ini berbanding biasa. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini